Aktiviti |Sedang memasukkan markah dalam kad laporan kemajuan murid.
Nampaknya ruangan ulasan terlalu sempit bagi guru-guru pengamal teknik
nabi. Ada banyak ganjaran sosial dapat diselitkan dalam buku laporan,
yang dapat berfungsi sebagai surat tidak rasmi kepada ibu bapa berkenaan
anak. Kemungkinan fungsi ini akan hilang apabila sistem kad laporan
menjadi elektronik robotik sepenuhnya.
Surat ini bertahan bertahun-tahun
kesannya berbanding pertemuan bersemuka ibubapa-guru-murid. Pada waktu itu, sebahagian ibubapa lebih berminat menjaga airmuka mereka di hadapan guru, berbanding menjaga maruah anak.
Tip menulis buku laporan kemajuan murid.
Selitkan Ganjaran Sosial dalam ulasan.
1. Doa. Contoh, "Kami para guru mendoakan kejayaan beliau pada masa akan datang."
2. Harapan. "Beliau belum lagi menunjukkan potensi beliau yang sebenar.
Kami yakin, insya Allah jika didorong dengan cara yang betul, hasilnya
akan mengejutkan semua pihak."
3. Kata pujian. "Tahniah kerana
peratusan markah meningkat hampir sekali ganda berbanding keputusan
lepas, meskipun peratusan pelajar-pelajar lain menurun. Cikgu percaya,
kamu pasti akan mencapai keputusan cemerlang pada masa akan datang."
4. Nasihat + ayat tawaran. "Keputusan peperiksaan kamu meningkat lebih
baik kali ini. Mahukah jika saya ajarkan cara meningkatkan kecemerlangan
dengan drastik? Banyakkan membuat latih tubi soalan-soalan lepas dan
buat nota menggunakan peta minda."
5. Puji sifat baik pelajar.
"Pelajar ini berpotensi menjadi pelajar cemerlang kerana sifat beliau
yang baik, ringan tulang dan suka membantu guru serta rakan-rakan. Allah
pasti tidak akan mensia-siakan orang yang baik."
6. Nyatakan
kelebihan, sertakan impak. "(Nama pelajar) mempunyai bakat dan minat
dalam bidang pengajian agama khususnya al-Quran. Kami pasti insya Allah
beliau akan menjadi guru atau pensyarah bidang agama yang disegani satu
hari nanti.
Tiada niat lain menuliskan laporan sebegini. Hanya
mengharapkan ia akan menjadi pembugar semangat sang anak dan ibu bapa
supaya percaya potensi mereka. Suatu hari nanti selepas berjaya, mereka
akan membelek semula buku laporan itu dan membaca semula kata-kata
positif kita sebagai guru. Tentu pada saat itu, mereka akan mendoakan
kita pula pada saat kita sangat memerlukan doa orang yang masih di atas
bumi, sedang kita sudah di dalam bumi.....